(2023) Waktu Yang Sesuai Bercuti Di Pulau Tioman Yang Patut Anda Tahu

Angin kencang dan laut bergelora kategori 3

3 WAKTU YANG SESUAI BERCUTI DI PULAU TIOMAN YANG PATUT ANDA TAHU

Pulau Tioman merupakan antara salah satu pulau yang menarik dan seringkali menjadi tumpuan para pelancong sama ada dari dalam mahupun dari luar negara.

Bagi pelancong dalam negara bila sebut sahaja mengenai Pulau Tioman, sudah pastilah setiap dari kita akan mula terbayangkan keindahan laut dan juga pantai Pulau Tioman yang sangat cantik dan mempersonakan sesiapa sahaja yang bercuti ke sana. Justeru itu, tidak hairanlah jika ia menjadi salah satu destinasi percutian wajib setiap sekali tibanya musim percutian

Cuaca Di Pulau Tioman Juga Antara Perkara Yang Wajib Untuk Kita Ambil Tahu

Sama seperti percutian yang lain, sebelum pegi bercuti sudah tentulah kita akan melakukan pelbagai persiapan supaya percutian yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Sama seperti apabila bercuti ke Pulau Tioman sudah pastilah kita mahukan waktu percutian nanti tidak menghadapi sebarang masalah yang boleh menjejaskan mood percutian.

Antara perkara penting yang wajib kita ambil tahu sebelum pergi bercuti ke Pulau Tioman ialah cuaca. Sama seperti pulau-pulau lain di Malaysia, ada juga waktu yang sangat sesuai untuk kita bercuti ke Pulau Tioman dan ada juga waktu yang kita tidak digalakkan untuk pergi bercuti ke sana kerana faktor angin Monsun.

Waktu Terbaik Bercuti Ke Pulau Tioman:

Bagi yang mula merancang untuk bercuti ke Pulau Tioman, sudah pastilah akan mula tertanya-tanya, bilakah waktu yang terbaik untuk pergi bercuti ke sana? Bagi yang belum mengetahui, waktu yang terbaik untuk anda bercuti ke sana ialah pada bulan April sehingga bulan Oktober. Pada waktu ini, cuaca di Pulau tioman berada dalam keadaan kering dan panas.

Pada waktu inilah masa yang sesuai untuk anda melakukan segala aktiviti melibatkan air seperti snorkeling berenang dan sebagainya. Tambahan pula, pada waktu ini, Pulau tidak sesak dengan kunjungan pelancong. Jadi, kita pun dapat bercuti dengan tenang dan selesa. Dalam masa yang sama, pada waktu ini jugalah waktu yang sangat terbaik untuk anda bersnorkeling dan melihat keindahan kehidupan serta terumbu karang yang terdapat di dalam laut Pulau Tioman. Sudah tentulah bila dapat bercuti dengan tenang dan meninggalkan momen percutian yang indah buat kita.

Waktu Puncak:

 Lumrah bagi setiap destinasi pelancongan sama ada dari dalam mahupun dari luar negara, sudah pastilah mempunyai waktu puncaknya. Kita yang mula merancang percutian sudah pastilah mahu mengetahui waktu puncak bagi destinasi percutian tersebut.

Sama juga seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang dan mana mana pulau yang terletak di Malaysia juga turut mempunyai masa puncaknya yang tersendiri. seperti di Pulau Tioman iaitu pada bulan Jun dan Julai. Pada waktu ini, pelancong dari dalam dan luar negara akan mengunjungi Pulau Tioman dan akan menjadi sedikit sesak. Justeru itu, bagi anda yang mahukan percutian yang lebih aman tanpa kesesakkan, ini bukanlah bulan yang terbaik untuk anda pergi bercuti ke Pulau Tioman.

Waktu Angin Monsun:

Setiap pulau di negara kita pasti mengalami angin monsun. Pulau Tioman juga tidak terkecuali, bulan November hingga Mac biasanya pulau Tioman akan mengalami peralihan angin Monsun. Disebabkan itu, sepanjang bulan ini, sangat tidak digalakkan untuk melakukan apa sahaja aktiviti air kerana ombak yang kuat dan tinggi yang mungkin boleh memberi risiko kepada kita sebagai pelancong dan sangat berbahaya untuk sebarang aktiviti air.


 

Post a Comment

0 Comments