About Wan Pulau Tioman


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung blog ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih lagi pinjaman bernafas untuk hari ini. Syukur.. Syukur.. Syukur.... Allah s.w.t masih lagi memberikan ruang dan juga peluang untuk diri ini memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam diri untuk hari yang lebih sempurna InsyaAllah. Semoga  kebaikan yang kita kecapi selama ini dapat berkongsi dengan semua orang agar kehidupan ini lebih diberkati.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan/puan kerana menghubungi saya. Salam perkenalan daripada saya, saya dikenali sebagai Wan Pulau Tioman selaku menguruskan dan menyediakan pakej-pakej percutian ke Pulau Tioman.

Untuk pengetahuan tuan/puan harga pakej tahun 2021 saya telah update di blog ini, cuma ada berbaki 10% sahaja lagi melengkapi keseluruhan resort yang terpilih di Pulau Tioman. Didalam blog ini ada pelbagai jenis resort dan bermacam harga yang ditawarkan. diharapkan pengunjung dapat memberikan penelitian yang tinggi agar tidak kekeliruan.

Suka saya kongsikan bersama tuan/puan harga pakej saya lengkap dengan tiket feri, penginapan, makan dan juga aktiviti laut sesuai kepada semua lapisan masyarakat. Dengan berbekalkan pengalaman yang ada kesudian saya untuk membantu semua para pelancong yang memerlukan bantuan. 

Saya mendoakan semoga pengunjung mendapat kefahaman daripada pakej yang saya sediakan dan dapat membuat pilihan yang terbaik untuk bercuti pada masa akan datang. 

sudilah sekiranya tuan/puan dapat ikuti saya "Wan Pulau Tioman di media sosial facebook, twitter, instagram. "Wan Tioman" di youtube. semoga bermanfaat untuk semua.

Wassalam,

Wan Pulau Tioman
www.wanpulautioman.com

update: 01 January 2021


Post a Comment

0 Comments