Apabila pulang dari bercuti, sudah pastilah anda mahu berkongsi kenangan manis sewaktu bercuti dengan orang yang anda sayang. Pada saat ini pasti anda mula terbayang-bayang saat anda sedang bercuti dan mahu mengabdikan segala kenangan terindah sewaktu bercuti.
Namun begitu, dalam kita sedang seronok mengabdikan kenangan sewaktu sedang bercuti, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan selepas pulang dari bercuti.
Ada Beberapa Perkara Yang Boleh Kita Lakukan Selepas Pulang Dari Bercuti
Sebenarnya, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan apabila pulang dari bercuti. Ada antaranya perkara yang wajib anda lakukan dan ada antaranya adalah untuk menunjukkan kita rasa berterima kasih kepada beberapa pihak kerana telah memudahkan urusan percutian kita supaya percutian yang kita rancang berjalan dengan lancar. Antara perkara yang boleh kita lakukan selepas pulang dari bercuti ialah:
1- Ucap Terima Kasih Dan Beri Review
Perkara ini tidak ramai antara kita yang melakukanya. Tetapi kita boleh melakukanya dan tidak salah kalau kita ucapkan terima kasih dan beri review yang baik kepada tempat penginapan dan juga agensi pelancongan yang anda gunakan. Ini kerana, mereka telah berusaha untuk memastikan percutian kita berjalan lancar dan kita dapat bercuti dengan sangat selesa dan gembira.
2- Cuci Pakaian Kotor
Ini antara perkara yang penting dan perkara yang wajib anda lakukan apabila pulang dari bercuti. Jangan biarkan pakaian kotor anda tidak bercuci begitu sahaja. Terutama sekali pakaian kotor yang basah, jika biarkan tidak bercuci ia akan menyebabkan kain kotor tersebut bertahi lalat dan seterusnya boleh merosakkan pakaian tersebut.
3- Buat Pemeriksaan Kesihatan
Bagi yang bercuti sewaktu penularan wabak covid-19, apabila pulang sahaja dari bercuti, anda perlulah melakukan pemeriksaan kesihatan atau swab test. Ia supaya untuk anda dapat mengetahui sama ada anda terkena jangkitan covid-19 atau tidak. Jika anda disahkan positif wabak covid-19, anda perlu kuarintin diri anda di rumah. Ataupun pulang sahaja dari bercuti, terus kuarintinkan diri anda dan tidak berjumpa dengan orang ramai terlebih dahulu. Ini kerana, sewaktu bercuti kita telah pergi ke bermacam tempat dan telah menyentuh pelbagai permukaan. Jadi, kita tidak tahu virus atau bakteria apa yang telah melekat di tangan kita. Justeru itu, dengan mengkuarintinkan diri kita sendiri dapat mengelakkan orang lain turut sama terkena jangkitan virus tersebut.
4- Periksa Barang
Apabila sampai sahaja di rumah, terus periksa ke semua barang yang anda bawa sewaktu mula-mula pergi bercuti. Ia supaya anda dapat mengetahui sama ada anda ada tertinggal barangan penting anda atau tidak. Ia supaya, jika anda tertinggal barangan penting anda mudah untuk pihak agensi pelancongan dan pihak penginapan membantu anda mencari barangan penting yang anda tertinggal tersebut
Kita Perlu Sentiasa Melakukan Perkara Di Atas Ini Apabila Pulang Dari Bercuti
Kesimpulanya, setiap kali pulang dari bercuti, tidak salah jika kita melakukan perkara yang di sebutkan di atas tadi. Ia bukan sahaja memudahkan kita tetapi sangat membantu kita dan tidak memenatkan kita sesudah pulang dari bercuti. Bukan itu sahaja, dengan memberi review yang baik juga secara tak langsung dapat membantu orang lain untuk terus menggunakan servis agensi pelancongan tersebut dengan gembira dan merasa lebih yakin.
0 Comments