5 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sehari Sebelum Anda Pulang Bercuti |
Bercuti adalah perkara yang sangat menggembirakan dalam kehidupan kita. Malah, setiap dari kita memasang impian untuk pergi bercuti ke tempat yang di impikan. Apabila sudah dapat peluang pergi bercuti, sudah pastilah kita akan memastikan percutian tersebut meninggalkan kenangan manis dan di isi dengan pelbagai aktiviti yang aktiviti yang menarik dan meninggalkan kenangan yang terindah buat kita semua.
Ada Beberapa Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sehari Sebelum Hendak Pulang Bercuti
Namun begitu, dalam kita sedang seronok bercuti ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum hendak pulang dari bercuti. Kadang-kala dek kerana terlampau seronok hendak pulang dari bercuti, kita terlupa untuk melakukan beberapa perkara penting. Akibatnya ia memberi kesukaran buat kita nanti. Antara perkara yang perlu kita lakukan sehari sebelum hendak pulang bercuti adalah seperti:
1. Kemas Pakaian
Pada waktu ini anda perlu memastikan ke semua pakaian yang anda bawa termasuklah pakaian kotor anda telah di kemas dan telah di bungkus dengan kemas. Pastikan anda melakukan perkara ini dengan lebih awal dan jangan lakukan pada saat-saat akhir kerana ia akan menyebabkan anda menjadi kelam-kabut dan anda mungkin akan tertinggal pakaian anda nanti
2. Kemas Tempat Penginapan
Walaupun ada sesetengah tempat penginapan menyediakan perkhidmatan housekeeping, itu tidak bermakna kita perlu meninggalkan tempat penginapan kita dalam keadaan kotor dan bersepah. Tidak kiralah sama ada anda tinggal di bilik hotel atau di homestay, tetapi tidak ada salahnya kalau kita kemas tempat penginapan kita dan membersihkanya. Ibaratkan tempat penginapan kita seperti rumah kita. Cuba bayangkan rumah kita beri sewa untuk orang lain menyewa sebagai tempat penginapan percutian mereka tetapi mereka tidak menjaganya dengan baik dan biarkan dalam keadaan yang kotor. Sudah tentu kita akan merasa sangat kecewa begitu juga dengan mereka. Jadi, tinggalkanlah bilik penginapan anda dalam keadaan yang elok.
3. Kemas Barangan Penting
Tidak kiralah sama ada anda bercuti di dalam atau di luar negara, ini antara perkara penting yang anda tidak boleh lupakan. Sehari sebelum pulang, pastikan segala barangan penting anda seperti kad pengenalan, passport, dan sebagainya telah di kemas dan di masukkan ke dalam bag anda. Ia untuk memudahkan anda untuk proses anda checkout dan untuk anda pulang nanti
4. Semak Masa Checkout Dan Masa Perjalanan Feri
Bagi anda yang bercuti dengan menaiki feri, pada waktu ini juga anda perlu menyemak masa checkout dan masa berlepas pulang anda. Ia supaya anda dapat merancang masa anda dengan sebaiknya dan supaya anda tidak terlambat menaiki feri. Bukan itu sahaja, ia juga untuk mengelakkan sebarang kesulitan dalam perjalanan pulang nanti.
5. Caj Telefon Dan Powerbank
Ini juga antara perkara yang perlu anda lakukan sebelum anda hendak pulang dari bercuti. Bateri telefon yang penuh dan powerbank sangat penting untuk kita terutama sekali jika berlaku kecemasan sewaktu dalam perjalanan pulang.
Kita Perlulah Memastikan Kita Pulang Dari Bercuti Dalam Keadaan Yang Tenang
Kesimpulanya, jika kita merancang percutian kita dengan teliti percutian kita akan menjadi lebih terancang tanpa sebarang masalah. Begitu dengan perjalanan pulang dari percutian anda. Justeru itu, rancang dan susun percutian anda dengan sebaiknya.
0 Comments