10 Peraturan Menyelam Mesti Anda Tahu Untuk Menjadi Penyelam Terbaik


Peraturan menyelam adalah perkara mudah tetapi sangat penting, jadi jika anda peminat sukan air yang luar biasa ini bagi yang pertama kali disarankan supaya anda mengambil berat beberapa peraturan yang ditetapkan. Dalam artikel ini saya telah mengumpul 10 peraturan menyelam skuba penting untuk semua beginner.


Always perform a safety stop - Hentian keselamatan adalah amalan yang biasa dilakukan oleh para penyelam. Setiap penyelam tahu bahawa sebelum menaik, seseorang itu perlu berhenti di 5 meter / 15 kaki selama tiga minit untuk membantu off-gas nitrogen yang diserap semasa meyelam. Tujuan berhenti keselamatan ini adalah untuk unload nitrogen. Bagaimanapun ia bertujuan untuk memberi masa badan anda untuk melepaskan nitrogen sedikit demi sedikit. Hentian keselamatan itu juga mengingatkan para penyelam untuk melihat keatas kemungkinan ada halangan.


Watch your ascend - jangan menaik atau timbul di permukaan dengan cepat ketika anda berada di 9 meter (30 kaki) dalam seminit. Ini bermakna bahawa jika anda seorang penyelam dan menyelam sehingga 18 meter, masa pendakian adalah anda perlu 2 minit sekurang-kurangnya. Jika lebih itu adalah lebih baik untuk diri anda.



Always dive with a buddy -  Untuk mengurangkan risiko, anda hendaklah sentiasa menyelam dalam berkumpulan. Ini kerana apabila anda menyelam secara berkumpulan, sebarang kejadian yang berlaku seperti kekejangan (cramps), out of air atau kegagalan alat berfungsi dengan baik walaupun ia jarang berlaku dapat membantu anda sewaktu itu.


Never exceed the dive limits - Setiap kedalaman anda menyelam adalah terdapat had-had masa yang tertentu. Sekiranya anda menyelam 18 meter, anda hanya boleh berada didasar tidak melebihi 50 minit. Sekiranya melebihi 51 minit anda mungkin berada under the risk of decompression sickness. Pastikan anda merekod setiap minit masa anda menyelam. Sekiranya anda menyelam berbaki 10 minit, disarankan naik sedikit selepas 5-6 minit.


Show respect to the marine life - Kehidupan didalam air telah lama wujud sebelum adanya manusia, mencintai kehidupan dasar lautan adalah menjadi keutamaan bagi para penyelam di dunia. Menghormati kehidupan laut adalah satu nilai murni yang harus di tunjukkan kepada orang lain. Semasa anda menyelam, pastikan tidak melakukan kerosakkan kepada kehidupan laut seperti coral kerana akan memberi kesan kepada haiwan laut apabila coral mati.


Always perform continuous breathing - Teruskan bernafas seperti yang anda bernafas sekarang. Sekiranya anda menahan nafas sewaktu menaik boleh memecahkan paru-paru anda tanpa memberi isyarat bahaya. Ia disebabkan jumlah peningkatan udara didalam paru-paru anda.
NEVER HOLD YOUR BREATH!


Check your air pressure - Dalam setiap 5 minit, lihat / periksa alat tekanan anda (pressure gauge). Sekalipun anda seorang penyelam professional, jadikan itu satu amalan kerana kita tidak tahu samaada alat kita tiba-tiba gagal berfungsi tanpa kita sedari. Menyelam lebih dalam, periksa lebih kerap. Anda akan menghirup udara lebih yang lebih padat pada 30 meter daripada kebiasaan 15 meter. Jadi anda harus meningkatkan kekerapan cek pressure gauge apabila menyelam lebih mendalam.


Take good care before dives - Perkara seperti ini sering di remehkan. Rehat secukupnya sekurang-kurangnya 8 jam sebelum menyelam, jauhi alcohol. Selepas anda bangun pagi pastikan anda mengambil sarapan yang khasiat. Makan makanan ringan sebelum anda menyelam tetapi jangan menyelam sewaktu anda lapar kerana ia boleh membuat anda lapar dan pening.


Avoid yo-yo dive - Merancang selaman anda bersama kumpulan anda. Sekiranya anda bersetuju untuk menyelam dengan kumpulan anda sedalam 20 meter, mula naik perlahan-lahan selepas anda berakhir dengan 20 meter. Selepas kedalaman 20 meter dicapai, penyelam harus naik secara perlahan-lahan dan kembali ke permukaan pada akhirnya. Jangan mulakan untuk naik dari 20 meter kepada 15 meter dan kembali semula 20 meter. contoh seperti dibawah



Don't exceed your certification limits - Sekiranya anda pemegang lesen Open Water, had maksumim kedalaman anda adalah 18 meter. Jangan menyelam contohnya 25 meter tanpa latihan dan pengalaman yang betul. Ini akan menjejaskan diri anda sekiranya berlaku kecemasan. Jangan cuba menyelam di kawasan gua dan lokasi yang susah. Sekiranya ingin menyelam di kawasan gua, pastikan anda mendapat kebenaran daripada ketua (instructor) serta mengikut arahan ketua. Ingalah sewaktu anda mula-mula ingin mengambil lesen, anda telah diberi surat risiko tanggungjawab diri sendiri. Ingatlah bahawa had kedalaman mutlak maksimum bagi penyelam scuba rekreasi adalah 40 meter (kedalaman yang dicadang adalah 30 meter) Walaupun anda seorang deep diver, pengajar atau profesional penyelam di mana-mana tahap, anda tidak boleh melebihi. Sila ingat, " menyelam yang berjaya adalah yang anda lakukan dengan selamat dan tersenyum". 

Photo kredit: https://www.wantioman2u.com/2017/05/10-peraturan-menyelam-mesti-anda-tahu.html

Post a Comment

0 Comments