Persiapan Sebelum Melakukan Percutian Di Pulau Dalam Malaysia

Persiapan Sebelum Melakukan Percutian Di  Pulau Dalam Malaysia

Setiap dari kita sudah pastilah gemar pergi bercuti bersama dengan keluarga atau kawan-kawan ke destinasi menarik sama ada luar atau di dalam negara. Ia adalah masa yang terbaik untuk merehatkan badan dan minda setelah penat bekerja. Dalam pada masa yang sama ia adalah peluang untuk kita meluangkan masa bersama keluarga kita.

Pulau Menjadi Destinasi Pilihan Untuk Pergi Bercuti

Salah satu destinasi yang menjadi pilihan untuk bercuti dalam negara sudah tentulah pulau. Ini kerana, negara kita mempunyai banyak pulau dan pantai yang cantik. Justeru itu, tidak hairanlah jika kebanyakkan pelancong dalam dan luar negara bercuti ke pulau dalam negara kita. Tetapi untuk bercuti di pulau dalam negara, perlu melakukan persediaan. Ada beberapa barangan penting yang perlu anda bawa sekali selain dari pakaian anda. Antara barangan yang perlu anda bawa ialah:

1- Bawa Ubat-Ubatan

Sentiasa bawa ubat-ubatan terutama sekali jika anda mempunyai penyakit yang memerlukan anda makan ubat sentiasa. Tidak semua tempat ada ubat yang anda makan. Jadi, bawa ubat ekstra jangan kurang supaya memudahkan anda nanti

2- Bawa First Aid

Selain itu, sewaktu pergi bercuti kita perlu membawa sekali peti first aid. Ia penting sewaktu kita berada dalam kecemasan dan dapat di gunakan sewaktu dalam kecemasan

3- Bawa Powerbank

Powerbank juga salah satu barangan yang perlu anda bawa apabila hendak pergi bercuti. Ia supaya telefon bimbit kita sentiasa mempunyai bateri dan dapat di gunakan ketika kecemasan.

4- Bawa Pakaian Yang Sesuai

Walaupun hanya bercuti di pulau dalam Malaysia tetapi anda tetap perlu memilih pakaian yang sesuai. Pastikan setiap aktiviti yang anda lakukan mempunyai pakaian yang berbeza. Bukan itu sahaja, apabila pergi bercuti ke pulau anda sangat di galakkan untuk membawa selipar tambahan untuk memudahkan anda melakukan aktiviti di kawasan pantai. Ia supaya memudahkan pergerakaan kita dan tidak merosakkan kasut kita.

5- Bawa Beg Yang Sesuai

Beg juga antara perkara penting yang perlu anda bawa. Ia supaya memudahkan anda untuk menyimpan barang anda yang lebih kecil. Takdelah anda nak bawa beg bagasi yang besar itu ke hulu ke hilir. Dengan beg yang lebih kecil dan lebih sesuai mudah untuk anda di bawa ke mana-mana.

Memerlukan Perancangan Kewangan Yang Teliti

Selain itu, apabila pergi bercuti perancangan kewangan juga sangat penting. Jika kita tidak membuat perancangan kewangan dengan teliti ia boleh mengganggu percutian kita. Antara perancangan kewangan yang perlu anda lakukan ialah:

1. Sediakan Kewangan Yang Cukup

Sediakan kewangan yang mencukupi untuk kegunaan sewaktu bercuti di pulau. Ia supaya anda dapat memudahkan perbelanjaan anda. Terutamanya, Pastikan anda menggunakan wang tersebut dengan cermat.

2. Sediakan Wang Kecemasan

Jangan lupa untuk menyediakan wang untuk kegunaan sewaktu kecemasan. Wang ini perlulah di asingkan dan tidak di campur dengan wang perbelanjaan kerana ia di gunakan sewaktu dalam kecemasan

3. Berbelanja Secara Cermat

Walaupun anda sedang bercuti, tetapi latih diri ada untuk belajar berjimat cermat dan tidak berbelanja secara boros. Kalau anda hendak membeli cenderamata belilah cenderamata yang tidak terllau mahal dan mengikut bajet anda. Jika terllau mahal ia mungkin akan menyebabkan kita banyak berbelanja

4. Cari Kedai Makan Yang Berpatutan

Untuk makan pula, cari kedai makan dengan harga yang berpatutan. Lagipun, di pulau-pulau di Malaysia ada banyak tempa makan yang boleh anda pilih. Apa yang penting ialah ia pelu menngikut bajet anda supaya anda mempunyai baki wang untuk kegunaan waktu perjalanan balik dari bercuti nanti.

Post a Comment

0 Comments