6 PERSIAPAN SEBELUM DAN SELEPAS DAY TRIP PULAU MERSING, JOHOR

Daytrip ke pulau-pulau di seluruh negara adalah salah satu impian kebanyakkan dari kita. Ini kerana, bercuti di pulau adalah antara perkara yang sangat menyeronokkan dan ia adalah tempat yang sesuai untuk menenangkan fikiran kita.

Ada Beberapa Persiapan Yang Perlu Dilakukan Sebelum Dan Selepas Day Trip 

Dalam keseronokan mengadakan daytrip pulau di Malaysia kita perlulah melakukan beberapa persiapan sama ada sebelum atau selepas daytrip di pulau Malaysia. Ia supaya daytrip yang kita adakan berjalan dengan lancar. Antara persiapan yang perlu kita lakukan ialah:

1-Ubat-Ubatan
Sebelum hendak pergi day trip ke pulau, perkara pertama sekali yang perlu anda sediakan ialah ubat-ubatan. Ubat-ubatan sangat penting kerana ia memabantu kita sewaktu kita mnegalami kecederaan atau sekiranya kita tidak sihat. Walaupun ianya hanya day trip sehari sahaja tetapi ubat-ubatan perlu kitab bawa bersama. Antara ubat-ubatan yang perlu anda bawa ialah:

  • Peti pertolongan cemas (First Aid)
  • Ubat Mabuk Laut
  • Ubat sekiranya terkena duri landak laut
  • Ubat- Ubatan penyakit dan sebagainya

2- Pakaian Aktiviti Yang Sesuai
Selain itu, walaupun anda hanya pergi day trip pulau hanya sehari sahaja, tetapi anda tetap perlu membawa pakaian yang sesuai untuk melakukan aktiviti nanti. Ini kerana, tanpa pakaian yang sesuai ia menyukarkan untuk anda melakukan aktiviti terutama sekali aktiviti snorkling. Justeru itu, anda perlu membawa pakaian renang dan pakaian tambahan.

3- Power Bank
Power bank antara barangan yang perlu anda bawa bersama sewaktu day trip ke pulau. Power bank adalah sangat penting terutama sekali untuk digunakan sewaktu kecemasan. Biasanya kita akan menggunakan telefon pintar kita untuk mengambil gambar bagi kenang-kenangan, apabila banyak guna sudah tentulah bateri telefon kita akan cepat habis.

Ia secara tidak langsung akan membuatkan kita tidak menggunakan telefon apabila berada dalam waktu kecemasan. Tetapi dengan adanya power bank ia dapat membantu telefon bimbit anda terus aktif

Selepas Pulang Dari Day Trip Pulau

Di atas tadi saya telah terangkan perkara yang perlu anda lakukan sebelum hendak pergi day trip ke pulau. Dalam pada masa yang sama ada juga beberapa perkara yang boleh anda lakukan apabila pulang dari trip day pulau. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah:

1-Ucap Terima Kasih
Bagi anda yang menggunakan travel pelancongan atau di anjurkan oleh pihak lain, tidak salah jika kita ucapkan terima kasih kepada mereka. Ini kerana, mereka sudah berusaha keras untuk memastikan day trip kita berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Selain itu, ia juga menunjukkan kita seorang yang mempunyai adab sopan dan berudi Bahasa.

2-Tidak Meninggalkan Sampah Sarap
Biasanya, apabila kita pergi day trip terutama apabila day trip ke pulau, kita akan membawa sedikit makanan atau kudap-kudapan. Justeru itu, sebelum pulang dari day trip kita perlulah pastikan tidak meninggalkan sebarang sampah terutama sekali di sekitar kawasan pantai. Ini kerana, jika kita meninggalkan sampah ia akan menyebabkan kawasan pulau menjadi kotor yang sekali gus meninggalkan satu pemandangan yang kurang elok. Jadi, sebelum pulang, pastikan kita telah membuang segala sampah ke dalam tong sampah.

3- Periksa Barangan Peribadi
Akhir sekali, sebelum pulang periksa dahulu barangan peribadi supaya tidak ada yang tertinggal dan pastikan semua barangan peribadi anda di simpan dengan selamat.

dikarang oleh Wan Pulau Tioman
0192941683

Post a Comment

0 Comments