Paya Village (Kampung Paya), Pulau Tioman : Panduan Lengkap Termasuk Tarikan, Penginapan & Aktiviti


Bila sebut sahaja nama pulau Tioman pasti kita semua akan mula terbayangkan lautnya yang cantik dan mempunyai bermacam tempat percutian yang menarik untuk di kunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara. Tidak hairanlah, kalaupulau tioman ini sentiasa sahaja di penuhi dengan pelbagai pelancong dari dalam serta luar negara dan menjadi sesak apabila tibanya waktu cuti umum. Pulau tioman antara destinasi percutian yang terkenal di dalam negara kita. Ia juga merupakan antara antara pulau yang tercantik di negara kita. Justeru itu, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi pulau Tioman. Pulau Tioman juga terkenal dengan kawasan perkampunganya yang menarik dan salah satunya ialah kampung Paya.

Kampung Paya Salah Satu Perkampungan Yang Wajib Di Kunjungi

Kampung Paya adalah sebuah kampung kecil yang terletak di pantai barat Pulau Tioman, dan di selatan Tekek dan utara Genting. Ia adalah salah satu tempat pelancongan yang popular, terutama bagi pelancong solo dan pelancong berkeluarga. Kampung paya terdapat beberapa pusat peranginan utama dan beberapa hotel bajet kecil yang menyediakan penginapan chalet. Kawasan pantai membentang sedikit lebih dari setengah km - hamparan pasir putih halus yang indah dibatasi oleh laut yang lembut.

Apa Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Kampung Paya

Walaupun ia sebuah perkampungan yang agak kecil tetapi di sini, ada bermacam aktiviti yang boleh anda lakukan. Memang tidak bosanlah jika anda bercuti di sini dan jadual anda akan di isi dengan pebagai aktiviti yang menyeronokkan. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan ialah:

1-Pergi snorkeling atau menyelam
2- Berkayak atau Menaiki
3- Main bola tampar pantai
4- Naik ATV
5- Lakukan yoga di kawasan pantai dan berjongging pada waktu pagi
6- Berbasikal di sekitar kampung atau berjalan-jalan ke kampung Genting
7- Berbelanja di kedai bebas cukai
8- Jungle Tracking

Tempat Jungle Tracking Di Kampung Paya

Bagi peminat aktiviti lasak seperti jungle tracking, kampung paya adalah syurga bagi aktiviti lasak. Ini kerana, dekat sini beberapa tempat jungle tracking yang boleh anda pilih. Bagi yang yang merancang untuk jungle tracking bersama kawan-kawan, kampung paya adalah salah satu pilihan yang terbaik buat anda. Antara tempat jungle tracking di Kampung Paya ialah:

1-Kampung Paya ke Kampung Tekek – Laluan ini akan membawa anda ke atas bukit dan menuju ke trek di belakang pantai di hujung selatan Tekek.

2-Kampung Paya Ke Kampung Genting (boarder) – Mengambil Masa lebih kurang 20 minit berjalan kaki melalui Melina Beach Resort untuk sampai ke Kampung Genting dari Kampung Paya.

3- Perjalanan singkat ke Rock Falls – Mengambil masa kira-kira 15 minit perjalanan yang akan membawa anda ke belakang Paya Beach Resort.

4- Gunung Kajang - setinggi 1083 meter dan puncak tertinggi di pulau ini, jumlah keseluruhannya yang di perlukan untuk anda mendaki adalah hampir 10 jam. Namun begitu, bagi para pendaki anda tidak perlu risau kerana tapak perkhemahan disediakan untuk anda bermalam.

Tempat Penginapan Di Pulau Paya

Bagi anda yang hendak bercuti di Kampung Paya Ini, anda tidak perlu merasa risau kerana di sini terdapat banyak tempat penginapan yang boleh anda pilih. Apa yang penting ialah anda perlu memilih tempat penginapan mengikut bajet anda. Antara tempat penginapan yang terdapat di sini ialah:

1. Aman Tioman Beach Resort
Walaupun tidak memiliki pantai yang bebas dari batu karang, Aman Tioman Beach Resort adalah salah satu resort terbaru di Pulau Tioman. Mereka mempunyai bilik kontemporari yang yang serba lengkap, pusat menyelam mereka sendiri, kolam dan taman yang indah dan menawarkan perkhidmatan
melawat ke pulau di sekitarnya.

2-Paya Beach Spa & Dive Resort
Di Paya Beach Spa & Dive Resort menawarkan tempat penginapan terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz serta mempunyai pemandangan yang cantik iaitu pemandangan air Laut yang jernih dan pantai yang indah di hadapan Paya Beach Resort. Selain itu, mereka mempunyai pelbagai kemudahan termasuk spa dan kolam untuk para tetamu yang belajar ingin menyelam untuk pertama kalinya

3- Tioman Paya Resort
Untuk hotel bajet, Tioman Paya Resort menyediakan pelbagai jenis pilihan bilik bajet yang boleh anda pilih. Lokasi yang tenang, chalet kayu desa dengan bilik mandi en suite (ditambah pancuran air panas) dan restoran dan barnya sendiri. Hotel ini juga turut menyediakan, kedai menjual peralatan menyelam dan lata (Rock Falls)

4- Perkampungan Paya Debloc
Paya Debloc Village mempunyai lokasi yang menarik di mana di hadapan hotel ini merupakan pantai dan tempat penginapan ini tidak terlalu jauh dari jeti. Selain itu, di sini juga terdapat restoran murah yang boleh singgah untuk mengisi perut anda. Apabila anda menginap di sini sudah pasti anda akan melupai mengenai media mengenai media sosial buat seketika kerana, anda akan terpegun dengan
pemandangan yang sangat cantik dan juga anda boleh melakukan aktiviti snorkeling. Selain itu, bilik yang ada di sini juga sangat luas dan di lengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah penyaman udara dan juga air panas.

5- Tioman Eagle Resort Group
Bagi anda yang mahukan tempat penginapan yang mempunyai ciri-ciri kehidupan kampung saya sarankan tempat penginapan ini. Tempat penginapan yang unik dan menarik ini seringkali menjadi pilihan para pelancong untuk menginap di sini. Selain itu, apa yang lagi menarik mereka memiliki kabin dan chalet dalam kelompok di sepanjang pantai dan di pinggir hutan yang sangat mendamaikan dan sangat menenangkan diri terutama sekali mereka yang mahu merehatkan diri dari kesibukan ibu kota sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik di sekitar Kampung Paya
 

Post a Comment

0 Comments