Sudah 2022 Masih Belum Ada Destinasi Percutian?? Jom Bercuti Ke Kampung Tekek Pulau Tioman

Sudah 2022 Masih Belum Ada Destinasi Percutian?? Jom Bercuti Ke Kampung Tekek Pulau Tioman


Pada tahun ini merupakan saat yang menggembirakan bagi seluruh rakyat Malaysia. Mana tidaknya, sebelum ini hampir 2 tahun kita tidak dapat merentas daerah atau negeri untuk melakukan sebarang aktiviti termasuklah untuk aktiviti yang melibatkan percutian.

Ini kerana, pada waktu itu, negara kita sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Disebabkan itu, apabila kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri dan daerah pada tahun lepas, sudah pastilah ada antara kita mula terbayangkan pelbagai destinasi percutian dalam negara yang indah dan cantik.

Kampung Tekek Adalah Sebuah Perkampungan Yang Sedang Pesat Membangun

Pulau Tioman bukan sahaja terkenal dengan pantainya yang cantik dan jernih tetapi juga Pulau Tioman turut terkenal dengan terdapat pelbagai kampung yang terdapat disekitarnya dan salah satu kampung tersebut ialah Kampung Tekek.


Kampung Tekek adalah salah satu kampung yang terkenal di Pulau Tioman dan sering menjadi tempat tumpuan para pelancong terutama sekali mereka yang gemarkan suasana kampung dan suasana kampung di tepi laut.

Mana tidaknya, dengan lokasinya terletak di tepi pantai ia sudah pastilah menjanjikan pengalaman yang sangat menyeronokkan bagi mereka yang inginkan kedamaian terutama sekali mereka yang ingin lari dari kesibukan kota.

Kampung Tekek Adalah Sebuah Perkampungan Yang Sedang Pesat Membangun


Kampung Tekek ialah sebuah perkampungan yang terbesar di Pulau Tioman, terletak di sepanjang 3km pantai di barat, antara kampung Paya dan kampung Ayer Batang atau dengan kata lain ABC. Kampung ini telah dibangunkan secara progresif supaya menjadi sebuah kampung yang mempunyai infrastruktur asa moden, termasuk bank, klinik, jalut udara, marina dan kompleks jeti. Ia adalah untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada para pelancong yang datang bercuti ke kampung tersebut. Selain itu, ia juga merupakan pintu masuk ke kampung Juara melalui jalan dara dan hab untuk membeli-belah bebas cukai.

Pelancong yang datang bercuti ke Kampung Tekek tidak perlu risau kerana Kampung Tekek mempunyai pelbagai pilihan hotel, termasuk Berjaya Tioman Resort terbesar yang merupakan salah satu resort yang terkenal di Kampung Tekek.


Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Kampung Tekek

Walaupun ia merupkan sebuah kampung yang terletak di dalam pulau tetapi ada bermacam-macam aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Pendek kata, sesiapa sahaja yang bercuti dan menginap di sini tidak merasa bosan. Malah, percutian anda akan di isi dengan bermacam-macam aktiviti yang menyeronokkan. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan ialah seperti berikut:

1- Bagi anda yang mahu melihat kehidupan dalam laut dan keindahan batu karang, anda boleh menaiki bot untuk pergi ke Marine Park Centre yang mengambil masa 5 minit sahaja.


2- Alang-alang anda pergi Marine Park Centre, anda juga boleh melawat ke muzium Marine Park yang mana ia menyediakan pelbagai bahan yang menarik untuk anda lihat.


3- Selain itu, anda juga boleh mengambil kesempatan untuk berkelah bersama keluarga di Marine Park.


4- Bagi yang mahu menikmati udara dan melihat keindahan di sekitar kampung Tekek dan Pulau Tioman, anda boleh bersiar-siar di sekitar dengan menaiki basikal.

5. Bagi yang gemar aktiviti lasa juga, anda boleh melakukan aktiviti tersebut di sekitar Kampung Tekek. Ini kerana, anda boleh melakukan aktiviti jungle treking dan menikmati keindahan air terjun iaitu air terjun Ali.


Karangan oleh Wan Pulau Tioman
0192941683


Post a Comment

0 Comments